Sunday, January 24, 2010

ALLAH UNTUK SEMUA

DARI BLOG UST. ZURIDAN

Dr Yusof Al-Qardhawi :“Allah” adalah untuk semua!...

Saya kurang pasti apakah isu penggunaan nama 'Allah' sudah reda atau masih panas. Pada peringkat awal isu ini tercetus sengaja saya tidak memberikan apa-apa komen secara bertulis kerana menunggu mereka yang berautoriti memberikan pendapat dan pandangan. Bukan kerana tidak yakin dengan pandangan sendiri tetapi dalam soal seumpama ini biarlah mereka yang benar-benar berlayakan dan memegang amanah seperti Mufti menjelaskannya supaya tidak mengeruhkan keadaan. Benar telahan saya apabila semua orang mahu meluahkan pendapatnya maka macam-macam kekalutan telah berlaku. Saya juga melihat ada sesetengah NGO Islam dan Melayu yang tidak didokong oleh para ulama berwibawa begitu cepat menunjukkan reaksinya tanpa berfikir panjang hingga mengundang tindakan yang tidak didasari oleh ilmu Islam. Dalam masa yang sama mereka pula mahu mengambil kesempatan menonjolkan diri dan kononnya menjadi hero mempertahankan Islam!

Akhirnya majoriti para ulama dan pemimpin gerakan Islam Malaysia sependapat bahawa menggunakan nama 'Allah' pada orang Kristian adalah hak mereka dan ini sudah terakam dalam sejarah perkembangan Islam....Pendirian ini juga telah disokong oleh pendapat Ketua Kesatuan Ulama Sedunia As-Syeikh Dr Yusof Al-Qardhawi sepertimana yang disiarkan oleh laman web Islamonlie.net. Pendapat beliau ini telah menambah yakin lagi kebenaran apa yang saya fahami selama ini dalam isu penggunaan nama 'Allah' di kalangan ahli Kitab khusunya Kristian. Oleh itu untuk lebih jelas bersama ini saya terjemahkan pendapat beliau seperti berikut:

(Terjemahan bebas dari Islamonline.net 23 Jan 2010)



Doha- Al-Allamah Dr Yusof Al-Qardhawi, Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia menempelak beberapa kejadian pertembungan di antara orang-orang Islam dan Kristian yang berlaku di beberapa negara Arab dan Islam termasuk serangan yang berlaku ke atas gereja-gereja dan beliau menegaskan bahawa ia adalah berpunca dari kejahilan dan bukannya semangat taksub kepada Islam. Beliau berpendapat bahawa serangan-serangan yang berlaku khususnya di Malaysia yang berpunca dari penggunaan kalimah “Allah” oleh penganut Kristian tidak sepatutnya berlaku kerana Allah adalah Tuhan Sekelian Alam’ dan bukannya kepada orang Islam sahaja.

Dalam Khutbah Jumaatnya pada 22 Jan 2010 yang lalu di Masjid Umar Al-Khattab di Doha ibu negara Qatar, Al-Qardhawi berkata bahawa: “Kejadian yang berlaku di antara orang-orang Islam dan kristian di beberapa negara adalah sebahagian besarnya berpunca dari kejahilan, dan bukannya sikap taksub orang Islam (yg sebenar). Orang Islam pada hakikatnya adalah sangat bertolak ansur, Al-Quran mengajar mereka bertolak ansur kerana Allah Taala sendiri Yang Menciptakan manusia dengan berbeza-beza (bangsa dan agama).

Kemudian beliau menegaskan: “Jika Allah menginginkan supaya semua manusia disatukan nescaya akan disatukan, tetapi Allah jua telah berfirman:

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنْكُمْ كَافِرٌ وَمِنْكُمْ مُؤْمِنٌ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ (2)

((Dialah Yang Menjadikan kamu, maka ada di kalangan kamu orang kafir dan ada di kalangan kamu orang yang beriman)) Surah Al-Taghabun ayat 2.

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ (118) إِلاَّ مَنْ رَحِمَ رَبُّكَ وَلِذَلِكَ خَلَقَهُمْ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لأَمْلأَنَّ جَهَنَّمَ مِنْ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ (119)

((Jika Tuhanmu menginginkan nescaya dijadikan semua manusia sebagai satu ummah, sedangkan mereka masih berselisih kecuali sesiapa yang di rahmati oleh Tuhanmu)). Surah Hud 118-119.

Perbezaan manusia dalam soal agama adalah merupakan kehendak Allah dan tiada siapa yang boleh menentang kehendak Allah dan memaksa manusia semuanya menjadi muslim!.

Beliau juga menjelaskan bahawa sesungguhnya perselisihan yang berlaku di kalangan manusia dalam soal agama antara orang beriman dengan agama dan ingkar dengan agama tidak akan memisahkan kita kaum muslimin (dengan mereka) di dunia ini. Sesungguhnya Allah Taala akan mengasingkannya di akhirat kelak. Sebagaimana firman-Nya:

وَإِنْ جَادَلُوكَ فَقُلْ اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ (68) اللَّهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ (69)

((Jika mereka berdebat dengan kamu maka katakanlah, Allah lebih Mengetahui apa yang kamu lakukan. Allah lah Yang Menghukum di antara kamu pada hari Qiamat kelak di atas apa yang telah kamu perselisihkan)) Surah Al-Hajj ayat 68-69.

.....اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ (15)

((Allah Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu, tiada hujjah di antara kami dan kamu, Allah lah Yang Menghimpunkan kami dan kepada-Nyalah (kami) akan kembali)) Surah As-Syura ayat 15.

Berkenaan dengan peristiwa yang berlaku di Malaysia dan serangan yang berlaku ke atas beberapa gereja, Al-Qardhawi mengulas: Sesungguhnya serangan yang berlaku ke atas gereja di Malaysia adalah tidak sepatutnya berlaku. Beliau turut tidak bersetuju dengan punca kejadian itu berlaku di mana kaum Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam terjemahan mereka dengan berkata: Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian, Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut :

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (1) مَلِكِ النَّاسِ (2)

((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Mengesuai sekelian manusia!))..

Allah bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya:


Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia?

BPBQAM QIRA'AT HAMZAH AYAT 30-38

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ (30)

Khalaf: saktah secara qaulan wahidan lam ta’rif pada kalimah الأَرْضِ

Manakala Khallad secara khilaf

Khalaf : Tark al-Ghunnah pada pertemuan nun sakinah dengan ya´

وَعَلَّمَ آدَمَ الأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلاء إِنْ كُنتُمْ صَادِقِينَ (31)

Khalaf: saktah secara qaulan wahidan lam ta’rif pada kalimah الأَسْمَاءَ

Manakala Khallad secara khilaf

قَالُوا سُبْحَانَكَ لا عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (32) قَالَ يَا آدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ (33)

Hamzah:Tashil hamzah pada kalimah بِأَسْمَائِهِمْ ketika waqaf sahaja

Khalaf: saktah secara qaulan wahidan lam ta’rif pada kalimah وَالأَرْضِ

Manakala Khallad secara khilaf

.

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنْ الْكَافِرِينَ (34)

Hamzah : Imalah pada kalimah أَبَى

وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلا مِنْهَا رَغَداً حَيْثُ شِئْتُمَا وَلا تَقْرَبَا هَذِهِ الشَّجَرَةَ وَلا تَقْرَبَا هَذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنْ الظَّالِمِينَ (35)

Khalaf : saktah secara khilaf pada sakin mafsul

فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ (36)

Hamzah : Qaulan Wahidan pada kalimah فَأَزَلَّهُمَا dengan tiada sabdu pada lam dan isbat alif selepas zal[1]. Jikalau waqaf padanya, terdapat 2 wajah:

i) Tahqiq hamzah

ii)Tashil hamzah.

Khalaf: saktah secara qaulan wahidan lam ta’rif pada kalimah الأَرْضِ

Manakala Khallad secara khilaf

.

Khalaf: saktah secara khilaf pada sakin mafsul serta tark al-Ghunnah pada pertemuan nun sakinah dengan waw

فَتَلَقَّى آدَمُ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ (37)

Hamzah : Imalah pada kalimah فَتَلَقَّى

قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعاً فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنْ تَبِعَ هُدَايَ فَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (38)

Hamzah: Imalah pada هُدًى ketika waqaf padanya sahaja.

Qaulan Wahidan pada kalimah عَلَيْهِمْ dibaca dengan ha´ berbaris dhommah



[1] Sepertimana kata Imam al-Syibiy:

وفي فأزل اللام خفف لحمزة وزد ألفا من قبله فتكملا

Saturday, January 23, 2010

RIWAYAT HAFS B. SULAYMAN AL-KUFI (6)

TURUQ ABU TAHIR :

Turuq ini disandarkan kepada ‘Abd al-Wahid b. Hasyim Abu Tahir al-Baghdadi al-Bazzar. Beliau seorang yang siqah serta pakar dalam bidang nahu di zamannya. Beliau juga mengambil bacaan secara sam’an wa ‘aradan dari Ahmad b. Sahl al-´Usynani. Beliau wafat pada dalam usia hampir 70 tahun pada Shawal tahun 409 hijrah. Turuq ini pada awalnya terpecah kepada empat turuq sebelum berkembang kepada enam belas turuq seperti berikut :

1) TARIQ AL-HAMMAMI (Abu al-Hassan al-Hammami, ‘Ali b. ‘Umar b. Hafs b. ‘Abdullah) : Terdapat sepuluh turuq yang berkembang daripada tariq ini dan penjelasannya seperti berikut :

i) Daripada kitab al-Tajrid. Tariq ini berdasarkan bacaan daripada Ibn al-Fiham daripada Abu al-Hussin Nasr al-Farisi daripada al-Hammami

ii) Daripada kitab al-Tajrid. Tariq ini berdasarkan bacaan Abi Ishaq Ibrahim b. ‘Isma’il al-Maliki daripada al-Hammami

iii) Daripada kitab al-Tajrid. Tariq ini berdasarkan bacaan daripada Abi ‘Ali al-Maliki daripada al-Hammami

iv) Daripada kitab al-Raudah. Tariq ni berdasarkan bacaan daripada Abi ‘Ali al-Maliki daripada al-Hammami

v) Daripada kitab al-Kamil. Tariq ini berdasarkan bacaan daripada al-Huzali daripada Abi al-Fadli al-Razi daripada al-Hammami

vi) Daripada kitab al-Jami’. Tariq ini berdasarkan bacaan daripada pengarang kitab ini iaitu Ibn al-Farisi daripada al-Hammami

vii) Daripada kitab al-Misbah. Tariq ini berdasarkan bacaan daripada Abi al-Kiram daripada Abi Muhammad Rizq Allah b. ‘Abd al-Wahhab al-Tamimi daripada al-Hammimi

viii) Daripada kitab al-Misbah. Tariq ini berdasarkan bacaan daripada Abu al-Kiram daripada al-Syarif Abi Nasr al-Habari daripada al-Hammami

ix) Daripada dua kitab al-Irsyad dan al-Kifayah al-Kubra. Tariq ini berdasarkan bacaan daripada pengarang kedua kitab ini iaitu Abi al-‘Izz daripada al-Hassan b. al-Qasim daripada al-Hammami

x) Daripada kitab al-Tazkar. Tariq ini berdasarkan bacaan daripada Ibn Shita daripada al-Hammami

2) TARIQ AL-NAHRAWANI (Abu al-Farj al-Nahrawani al-Ma’afi b. Zakariya Tarrar): Terdapat dua turuq sahaja yang berkembang daripada tariq ini dan penjelasannya seperti berikut :

i) Daripada kitab al-Irsyad. Tariq ini berdasarkan bacaan daripada pengarang kitab ini iaitu Abi al-‘Izz daripada Abu ‘Ali al-Wasiti daripada al-Nahrawani

ii) Daripada kitab al-Kifayah al-Kubra. Tariq ini juga berdasarkan bacaan daripada pengarang kitab ini iaitu Abi al-‘Izz daripada Abu ‘Ali al-Wasiti daripada al-Nahrawani

3) TARIQ ABU AL-‘ALAF (‘Ali b. Muhammad b. Yusof b. Ya’qub, Abi al-Hassan b. al-‘Alaf al-Baghdadi) : Terdapat satu turuq sahaja yang berkembang daripada tariq ini dan penjelasannya seperti berikut :

i) Daripada kitab al-Tazkar. Tariq ini berdasarkan bacaan daripada Ibn Shita daripada Abi al-‘Alaf

4) TARIQ AL-MASAHIFI (‘Ubayd Allah b. ‘Umar b. ‘Abbas, Abu al-Farj al-Masahifi al-Baghdadi): Terdapat satu turuq sahaja yang berkembang daripada tariq ini dan penjelasannya seperti berikut :

i) Daripada kitab al-Kifayah fi al-Qira’ah al-Sitt. Tariq ini berdasarkan bacaan daripada Sabt al-Khiyat daripada Abi Bakr Muhammad b. ‘Ali b. Muhammad al-Baghdadi daripada al-Masahifi.