السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى
وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ
المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ
سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا
بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ
وَلاتمَوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !
Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan
Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri
dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah
dengan melakukan segala suruhanNya dan
menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati
sekalian,
Firman Allah
dalam ayat 2 surah al-Mulk :
الَّذِي خَلَقَ
الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ
الْعَزِيزُ الْغَفُورُ (2)
Bermaksud: “ Dialah yang telah
mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan
kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa
(membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat).”
Dewasa ini kita semacam
diserang dengan kegawatan ajaran-ajaran sesat yang seolah-olah hendak menguji
pendirian golongan mu’minin bagaimanakah mereka akan menyelesaikan kegawatan
ini. Adakah penyelesaian tersebut mengikut apa yang telah digariskan oleh
al-Qur’an atau pun mengikut perancangan nafsu serakah individu2 tertentu yang sudah pasti berasal daripada
bisikan syaitan yang dilaknat.
Secara ringkasnya, kemungkaran
dan kemaksiatan yang timbul sekarang ini bolehlah dibahagikan kepada dua
bahagian besar. Pertama, munculnya bermacam2 ajaran palsu samada yang baru timbul seperti
ajaran yang mengaku nabi dan Tuhan atau pun ajaran yang sudah lama bertapak
diseantero dunia dan menyimpang terus dengan syari’at Islam seperti ajaran
Syiah yang ghuluww (ya’ni melampau). Kedua, sifat engkar terhadap hukum
Allah yang meliputi kesemua tata cara hidup Islam yang telah dirakamkan di
dalam al-Quran samada dari sudut ibadah, muamalah, munakahat dan Jinayah.
Kedua-dua bahagian kemungkaran
dan keengkaran yang telah disebutkan tadi sebenarnya telah pun berlaku di zaman
pemerintahan Sayyidina Abu Bakr al-Siddiq selepas kewafatan Rasullullah s.a.w. bilamana
datangnya anasir-anasir yang mengganggu-gugat kesucian Islam merujuk kepada
keengkaran terhadap hukum Islam (ya’ni golongan yang tidak mahu membayar zakat)
serta individu yang menyesatkan (ya’ni golongan yang mengaku nabi)
Jikalau
dibandingkan tindakan yang dilakukan oleh Sayyidina Abu Bakr terhadap dua golongan
ini dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak yang berwajib sekarang ini
amatlah jauh perbezaannya. Sayyidina Abu Bakr sendiri tidak membezakan diantara
mereka yang enggan membayar zakat dan mereka yang mengaku sebagai nabi dan
penyokong-penyokongnya. Kesemuanya layak untuk diperangi. Bagaimana pula di
zaman ini hanya mereka yang mengaku Tuhan dan nabi di tangkap serta didakwa
sedangkan yang engkar kepada perintah serta hukum-hakam Allah s.w.t dibiarkan
bebas mengeluarkan statement2 yang menghina hukum Islam malah dipuji dan
sanjung seolah-olah penderhakaan serta keengkaran mereka terhadap hukum Allah
adalah suatu perkara yang terlalu kecil.
Sidang Jumaat yang dihormati
sekalian,
Apa
yang menarik untuk dikongsikan bersama di dalam peristiwa peperangan antara
muslimin dengan ashab al-Riddah dizaman Sayyidina Abu Bakr al-Siddiq ini adalah kenyataan ahli sejarah Islam
bahawasanya peperangan tersebut adalah memerangi golongan “Murtad”. Mereka walaupun
mengucap dua kalimah syahadah serta mendirikan solat, tetapi disebabkan mereka
engkar serta enggan mengeluarkan zakat (walaupun keengkaran tersebut hanya
merujuk kepada satu hukum sahaja), mereka layak diperangi. Sekali gus
membuktikan taraf mereka adalah sama sahaja seperti golongan yang mengaku nabi.
Jikalau
merujuk kepada keengkaran dan kedegilan manusia kepada sebilangan besar hukum-hakam Islam yang berlaku dewasa ini,
ianya pasti akan menjadi suatu malapetaka yang amat besar sekiranya Sayyidina
Abu Bakr masih hidup. Tetapi sayangnya, keengkaran kepada hukum-hakam
Islam yang berlaku sekarang ini dianggap
satu perkara yang amat biasa sahaja, tidak sedikit pun menggetarkan apatah lagi
menggoncangkan sensitiviti hati nurani umat Islam yang hidup di zaman ini.
Maka
berdasarkan peristiwa ini jelaslah bahawasanya keengkaran terhadap hukum Allah
s.w.t itu (walaupun hanya melibatkan satu hukum sahaja) layak diperangi dan
tarafnya sama sahaja seperti golongan-golongan nabi palsu. Dengan ini juga
diharap dapat membuka mata masyarakat khususnya pihak yang berkenaan dalam
memerangi ajaran sesat perlulah menyeluruh bukan sahaja kepada mereka yang
mengaku Tuhan atau nabi, malah ianya juga melibatkan mereka yang menghina hukum Islam apatah lagi
mengenepikan hukum tersebut berpuluh-puluh tahun lamanya walaupun ada kuasa
serta upaya untuk melaksanakannya. Hal ini demikian mereka bukan sahaja
dianggap sesat tetapi digelar juga sebagai “pengkhianat Allah dan rasulNya”.
Berdalilkan firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Ahzab, ayat
36yang berbunyi:
Bermaksud
: “Dan
tidak wajar bagi seorang mu'min dan mu'minah sekiranya telah ditetapkan oleh
Allah dan RasulNya sesuatu perkara, ada pula bagi mereka pilihan terhadap
perkara tersebut, dan barang siapa yang khianat kepada Allah dan RasulNya, maka
dia telah tersesat dengan kesesatan yang amat nyata”
Sidang Jumaat yang dihormati
sekalian,
Konsep kesyumulan Islam meliputi
kesemua ciri2nya termasuklah dalam mengislahkan manusia merujuk kpd membanteras
kemaksiatan dan kesesatan. Sebab utama banyak unsur-unsur maksiat dan kesesatan
tidak dapat dibanteras dengan jayanya adalah kerana program dan hala tuju
tersebut hanya berkisar kepada perkara yang tertentu sahaja. Perkara maksiat
dan sesat yang boleh menggugat keselamatan individu atau kumpulan tertentu
tidak diperjelaskan malah dibutakan berpuluh tahun lamanya. Maka jadilah
program2 tersebut mengikut acuan bisikan syaitan dan sudah pasti mana mungkin
akan berjaya program2 pemulihan sebegini sekira uanya diasaskan daripada jejak
langkah syaitan sepertimana firmanNya dalam surah Al-Baqarah, ayat 208 yang berbunyi:
Maksudnya:
“ Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara
keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya
syaitan itu musuh yang nyata bagimu”
Hasil
daripada tidak mengikut acuan al-Quran dalam membanteras maksiat serta
kesesatan, maka timbullah kes-kes yang memalukan pihak yang berwajib
sepertimana pernah timbul kes 3 orang ustazah ratu cantik yang menyoal balik
pihak yang berwajib kenapa profesion mereka bertiga sahaja yang dikata haram? Kenapa
tidak dihalang juga atlet2 perempuan Islam yang bertanding dalam acara renang,
acara gimrama dan bermacam-macam acara sukan yang pakaiannya tidak menepati
syariat Islam ? Kenapa perkara ini tidak keluar dari mulut2 para ilmuan agama
yang menjaga agama Islam di negara ini. Susah sangat ke hendak menyebut perkara
tersebut sehinggakan terpaksa Allah s.w.t datangkan ratu cantik sebagai ustazah
untuk menjelaskan perkara ini? Inilah satu tamparan yang amat hebat bagi mereka
yang telah diberi amanah untuk menjaga Islam di Negara ini.
Sekarang
ini pula timbul pulak isu ajaran Syiah,
ajaran sesat dan sebagainya. Adakah kita mahu perkara yang melibatkan kesesatan
ini berulang seperti kes ratu cantik dahulu? payah sangat ke nk keluar
statement daripada pihak yang berwajib bahawasanya sesat mengikut al-Quran
bukan hanya Syiah, Ayah Pin, Tuhan Harun. Sesat dalam difenisi al-Quran adalah
sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah tetapi ada pilihan daripada manusia.
Maknanya bukan sahaja mereka shj yang sesat. Ianya termasuk juga individu2 yang
tidak mempraktikkan hukum Islam apatah lagi menolak serta menghina hukum Islam
sedangkan mereka ada kuasa untuk melaksanakannya. Apakah kita mahu menunggu samapai
Allah s.w.t mentakdirkan pula golongan syiah yang sesat itu pulak datang
menjelaskan kpd kita apa makna sesat yang sebenar di dalam al-Quran?…
Maka
sedarlah wahai umat Islam sekelian…jikalau ingin membanteras kemaksiatan dan
kesesatan, patuhilah perintah Allah di dalam segala tindakanmu. Jikalau
tidak…ianya akan hanya menjadi perangkap syaitan kerana syaitan itu sudah
menjadi kepakarannya mencantikkan sesuatu amalan anak Adam agar nampak cantik
dan sempurna walaupun sebenarnya amalan tersebut adalah satu perangkap untuk
menjadikan manusia itu pengikut-pengikutnya sekaligus menjadi peneman di dalam
Neraka yang sudah pasti, samada pasti amat pedih azabnya ataupun pasti akan
pembalasannya
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ دِيناً فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ
فِي الآخِرَةِ مِنْ الْخَاسِرِينَ
بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا
فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ
تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ
لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ